Posted by: selamanya islam | July 30, 2010

Buat Pendakwah

Keberanian seorang pendakwah atau mubaligh itu bergantung kepada keyakinan diri,ketenangan dalam penampilannya dan keteguhan mentalnya. Ketiga sedang menghadapi umum,ia harus bersikap tenang,percaya kepada diri,yakin dengan apa yang disampaikanya dan mampu menguasai diri.

Seorang pendakwah yang berani tahu bagaimana mengatur penampilan,mengatur irama suara dan menguasai medan yang sedang dihadapi.

Sesungguhnya awal kegagalan ialah sifat penakut. Seorang pendakwah yang lemah,ketika memulai bicara seluruh anggota tubuhnya akan merasa gementar,lidahnya kelu dan keringat bercucuran. Pendakwah seperti ini akan dijauhi oleh para pendengarnya sehingga dengan demikian ia mengalami kegagalan yang teruk.

Bagaiman ia boleh mempengaruhi umum jika  ia sudah takut terhadap mereka?Bagaimana ia boleh menguasai mereka kalau ia merasa malu kepada mereka?

Sesungguhnya keteguhan hati dalam menghadapi umum adalah satu nikmat yang besar yang dianugerahkan Allah kepada seseorang yang memiliki kemampuan dan bakat sehingga ia sanggup menghadapi umum dengan tenang. Bahkan semakin besar umum yang dihadapi,semakin besar puka semangatnya untuk tampil sebaik mungkin untuk memuaskan mereka.Itulah perkara yang kita lihat pada seorang mubaligh yang berjaya dan terkenal.

Ibnu Zubair dengan tenang berpidato di tengah-uengah para pengikutnya meskipun waktu itu nyawanya diancam anak panah berapi yang dibidikkan kepadanya dari atas bukit. Namun hatinya tegar dan jiwanya tetap tenang tidak terpengaruh dengan ancaman itu kerana dia berpegang pada prinsip kebenaran.

Sambil menghadapi musuh dan memegang pedang,Thariq bin Ziyad menyampaikan pidato ketenteraan berapi-api di hadapan pasukannya.

Awal kegagalan ialah merasa gagal itu sendiri. Merasa kalah sebelum perang adalah pengecut. Sementara optimis adalah magkota bagi orang yang siap maju dan para pemberani. Optimis adalah kunci kejayaan.

Posted by: selamanya islam | July 28, 2010

Adab Imam Malik Terhadap Ilmu

Khalifah Harun Ar Rashid adalah khalifah yang paling terbilang di kalangan khalifah Bani Abbasiyah. baginda bukan sahaja seorang raja yang cekap dan berkaliber bahkan juga seorang yang mencintai ilmu pengetahuan serta menghormati para alim ulama. Khalifah Harun Ar Rasyid juga diriwayatkan sebagai seorang ahli sastera,ahli syair yang berbakat. Ada banyak kisah yang terkenal antaranya ialah berhubung azamnya hendak menuntut ilmu daripada Imam Malik,seorang ulama yang masyhur pada zamannya. Pada suatu masa, semasa khalifah Harun Ar Rasyid sampai ke Madinah,Imam Malik kebetulan ada di situ. Di masa itu Imam Malik dikhabarkan baru sahaja selesai mengarang kitab agamanya yang masyhur iaitu Al Mautta. Kitab ini diajar kepada orang ramai. Setelah mendengar akan keutamaan kitab tersebut maka timbullah niat di hati baginda untuk mempelajari kitab tersebut daripada Imam Malik. Maka badginda pun mengutuskan seorang wakil supaya berjumpa Imam Malik untuk mengajak Imam Malik berjumpa dengan baginda. Baginda ingin sangat untuk mempelajari kitab tersebut. Sebaik-baik sahaj utusan itu sampai kepada Imam Malik dan menerangkan maksud kedatangannya maka Imam Malik pun menjawab, “Tolong sampaikan salam saya kepada Amirul Mukminin dan sembahkan kepadanya bahawa ilmu pengetahuan itu haruslah dicari oleh orang yang memerlukannya,bukannya ilmu itu datang mencari orang yang berhajatkan kepadanya”. Demikian tegas dan beraninya Imam Malik membuat teguran kepada Harun Ar Rasyid,khalifah umat Islam pada masa itu. Utusan itu pun kembalilah kepada khalifaf Harun Ar Rasyid untuk menyampaikan pesanan Imam Malik. Tidak lama kemudian,Imam Malik pun berkunjung ke kediaman khalifaf Harun Ar Rasyid. Sampai di sana,Amirul Mukminin pun bertanya, “Tempoh hari aku menghantarkan utusan kepada rumah tuan,mengapa tuan menyalahi perintahku”. Imam Malik pun menjawab,”Sebenarnya saya mahu Amirul Mukminin memuliakan ilmu pengetahuan dan merendahkan diri kepadanya supaya Allah swt juga akan meninggikan juga timbangannya kelak”. Dengan jawapan Imam Malik itu,maka fahamlah khalifaf akan tujuan kata-kata Imam Malik itu. Setelah itu baginda pun turun daripada takhtanya lalu berjalan bersama Imam Malik menuju ke rumahnya untuk mempelajari kitab Al Mautta. Setelah sampai di rumah Imam Malik,khalifaf itu pun duduk di atas sebuah kerusi yang lembut. Melihat keadaan itu,Imam Malik pun menegurnya lagi, “Wahai Amirul Mukminin yang kami muliakan. Saya dapati sekelian alim ulama di negara tuanku ini sikap mereka sangat memuliakan ilmu pengetahuan serta merendahkan diri terhadapnya”. Mendengar sindiran Imam Malik itu,baginda pun turunlah dari atas kerusi lembut itu lalu duduk bersama Imam Malik. Daripada kisah itu maka dapatlah kita ambil pengajaran bahawa betapa kita perlu memuliakan ilmu tanpa mengira pangkat yang kita ada. Carilah sendiri guru untuk mengajar jika kita berhajatkan ilmu daripada mereka serta jagalah adab ketika menuntut ilmu.

Posted by: selamanya islam | July 27, 2010

Al-Quran Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

Kitab Agung

Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :” Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”

Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”

Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”

Posted by: selamanya islam | July 26, 2010

Kunci Kebaikan

 

Kunci segala kebaikan adalah dengan mengikut sunnah nabi Muhammad saw. Ikutilah sunnah baginda dan sentiasa merasa cukup dengan segala kurniaan Allah,bersikap zuhud terhadap milik orang lain,tidak rakus pada dunia serta meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak berguna.Sesiapa yang Allah bukakan pintu hatinya untuk mengikuti sunnah nabi saw,itu adalah petanda ia dicintai Allah.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”-Ali Imran:31

Jika anda ingin mendapat seluruh kebaikan maka berdoalah: Ya Allah,aku memohon kepadaMu agar dapat mengikuti Rasulmu dalam ucapan mahupun tindakan.

Sesiapa yang mengimpikan perkara tersebut,hendaklah ia tidak menzalimi para hamba Allah dari segi kehormatan ataupun nasab.

Namun sebaliknya,ia akan terhalang dari hijab Allah apabila melakukan kezaliman. Ibarat orang yang berhutang,ia akan dihalang oleh orang yang menuntut hutang daripadanya.

Bayangkan seandainya anda disanjung oleh seorang raja dan berada hampir dengannya,tiba-tiba datang seorang pengutip hutang pada anda di hadapan raja itu. Memaksa anda membayar hutang,membuka keburukan anda,mencela serta mengutuk kehormatan anda di hadapannya.

Bayangkan pula jika di akhirat nanti ada beratus ribu orang meminta pelbagai hutang pada anda.Sama ada wang yang pernah dipinjam,kehormatan yang dianiaya,dipukul,dicaci,dimaki dan sebagainya. Bagaimana jika yang berdiri di depan anda adalah nabi Muhammad saw?Tentu malu yang teramat sangat.

Nabi saw bersabda: Tahukah engkau orang yang rugi?

Para sahabat menjawab: Orang yang rugi adalah orang yang tidak mempunyai harta.

Nabi saw menyanggah: Orang yang rugi adalah orang yang pada gari kiamat datang dengan membawa solat ,puasa dan zakat tetapi ia pernah mencaci,merosak kehormatan,memakan harta haram,menumpahkan darah dan memukul orang.

Sehingga sebagai gantinya,amal kebaikannya diberi kepada orang yang teraniaya itu.Apabila habis segala amal kebaikan sebelum bebanan kewajipan terbayar,maka dosa orang tadi akan diberikan kepadanya sehingga ia dilempar ke neraka.(HR Muslim dan Tirmidzi)

Posted by: selamanya islam | July 26, 2010

Kisah Budak

Di zaman Bani Umaiyah dahulu terdapat seorang raja yang sangat terkenal kerana sifat penyantun,adil dan merendah diri. Nama raja itu ialah Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Pada suatu hari,ramai wakil dari jajahan tahluknya datang menghadap baginda bagi melaporkan keadaan di tempat masing-masing. Jajahan Hijaz, salah satu daripada jajahan tahluk  khalifaf Umar Abdul Aziz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya. Maka setelah semua perwakilan hadir,bentara dalam pun mempersilakan baginda bertitah. Setelah bertitah baginda pun menitahkan perwakilan dari Hijaz supaya berucap terlebih dahulu.

Maka perwakilan Hijaz pun bangun dengan hormat. Apabila melihat seorang budak yang bangun,maka khalifaf Umar Abdul Aziz pun berkata,”Hai budak,biarlah orang yang lebih tua berucap terlebih dahulu.” Mendengar itu budak itu lantas menjawab:

“Ya amirul mukminin!Sekelian manusia sebenarnya dipandang daripada dua perkara iaitu hati dan lidahnya. Maka apabila Allah telah mengurnialan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang arif lagi bijaksana maka orang itu lebih berhak bersuara.Jika dipandang dari segi umur maka ketahuilah wahai amirul mukminin,ada orang yang lebih berhak duduk di atas tahta tuanku sekarang”.

Kata-katanya yang bernas membuatkan baginda sedar akan kesilapannya lantas baginda berkata:

“Benar katamu wahai wakil yang dihormati. Cakaplah sekarang bagaimana keadaan negerimu!”.Maka budak itu meneruskan,

“Ya amitul mukminin yang kami muliakan. Kami sekelian ini adalah wakil yang mendapat kebahagiaan dan bukan kecelakaan. Kami sekelian ini menghadap tuanku bukan kerana hendak mengadu hal negeri kami itu tidak aman kerana kami telah merasai nikmat kesentosaan hidup di bawah naungan tuanku yang adil. Kami sekelian telah memperoleh apa yang kami mohonkan”.

Khalifaf Umar Abdul Aziz merasa pelik melihat kefasihan dan bijaknya budak yang berucap mewakili negerinya. Baginda pun bertanya:

“Berapakah umurmu wahai wakil yang budiman?”

“Sepuluh tahun tuanku!”

Setelah mendengar jawapan budak itu,baginda pun memerintahkan agar wakil muda itu diberi penghormatan dan martabat yang sewajarnya.

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.